Rabu, 8 April 2009

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI BULAN MERDEKA (SDPBM)




SEJARAH PENCAPAIAN :

1. Bermula menyertai SDPBM pada tahun 1997 ( ketika Tingkatan 3 ) Peringkat Saringan Daerah Muar dengan mendeklamasi Puisi "Istana Kemerdekaan" karya Raihani Mohd. Saaid ( Anakanda kepada Penulis tersohor Tanah Air iaitu Dr. Zurinah Hassaan yang kini sahabat karib dan rakan gosip-gosipan saya). Masa tu, penganjurnya adalah Pejabat Penerangan Daerah Muar. Boss nya En. Ahmad Dhabal, Pegawai Penerangan Daerah Muar ( kini menjadi boss saya di Jabatan Penerangan Melaka).

2. Tahun 1998 pula saya takde modal nak hafal puisi lain, jadi saya bawa sekali lagi Puisi "Istana Kemerdekaan" karya Raihani dan seterusnya juara Peringkat Daerah Muar dan seterusnya ke Peringkat Akhir Negeri Johor.

3. Namun berbeza pada Tahun 1999, mungkin dipengaruhi oleh semangat Juara Deklamator Kebangsaan tahun yang lalu iaitu Nur Zailani Mohd. Nuzi wakil dari Selangor yang telah memenangi SDPBM 1998 dengan mendeklamasikan Puisi "Nyanyian Pembebasan Perahun" karya Badaruddin M.Z., saya pun turut membawa puisi tersebut untuk pertandingan Peringkat Daerah Muar dengan mendapat tempat ke -4 ( maklumlah, masa tu suara budak-budak sekolah lagi kan...).

4. Seterusnya, apabila melangkah ke IPTA di UiTM pada tahun 2000 saya mewakili UiTM dalam SDPBM 2000 dengan mendeklamasikan Puisi "Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga" nukilan Allahyarham Sazalee Hj. Yaakob dan seterusnya mendapat tempat ke-3 Peringkat IPTA ( johan pada ketika itu ialah Dulamid Rudin dari UPSI dan Amirudin dari UPM ).

5. Tahun 2001 pula, saya telah mencuba nasib bertanding luar dari kepompong IPTA dengan bertarung di SDPBM Peringkat WP Kuala Lumpur dengan mendeklamasikan Puisi "Salam Perjuangan Srikandi Bangsa" karya Lim Swee Tin. Walaupun tewas, saya tetap berpuas hati kerana kalah pun dapat sebiji kamera ( kerana penganjur masa tu adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang umum sudah sedia maklum bahawa bab hadiah dari sekecik anak kalau DBKL anjurkan 'confirm gempaq' punyerr.

6. Seterusnya, tahun 2002 pula saya berjaya meraih Juara SDPBM 2002 Peringkat WP Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh DBKL yang diadakan di Lanai Seni Tunku Abdul Rahman dengan mendeklamasikan Puisi "Mantera Anak Wawasan" karya Borhan Md. Zin. Dan seterusnya kenangan manis tidak berakhir setakat itu sahaja, kerana setelah berjaya mewakili WP Kuala Lumpur buat pertama kali menjejakkan kaki ke SDPBM Peringkat Kebangsaan 2002 di Kangar Perlis, saya telah berjaya merangkul tempat ke-3 Kebangsaan ( pada ketika itu Johan adalah Nor Hasnida dari Perlis dan Naib Juara adalah Intan Marhayu Rahman dari Selangor ).

7. 2003 pula saya cuma dapat Naib Johan SDPBM Peringkat WP Kuala Lumpur dengan membawa Puisi "Menyelusuri Sungai Merdeka" karya Shahrulnizam Abdul Talib. Dapatlah bawa pulang RM 500.00 dan sebuah peti sejuk jenama Sharp yang masih lagi berfungsi menyimpan botol tempoyak dan sos tomato yang saya letak di kampung saya di Muar Johor.

8. Ibarat sirih pulang ke gagang, pada tahun 2004 pula saya kembali bertanding Peringkat IPTA dengan mewakili UiTM yang pada ketika itu tuan rumahnya adalah di UPSI Tanjung Malim. Saya cuma mendapat Tempat ke-3 setelah membawa Puisi "Untukmu, Aduhai Negeriku" karya Marsli N.O. ( johan ketika itu Afifah Abdullah ( adik kepada Syukri Abdullah ) dari UIAM dan Kedua dari UM ).

9. Tahun 2005, saya mula bertugas sebagai Pegawai Pemasaran Unit Pelancongan Pelajar di Taman Mini Malaysia dan ASEAN Melaka di bawah pengurusnya Pn. Noraniza Idris ( Ratu Irama Tradsional Malaysia ). Tahun itu juga, saya menjadi Johan SDPBM 2005 dengan membawa Puisi "Aksara Merdeka" karya Wadi Leta S.A. dan seterusnya mewakili Melaka ke SDPBM Peringkat Kebangsaan di Johor Bahru. Walaupun tidak berjaya merangkul sebarang tempat pada kali ini, saya tetap berbangga menjadi deklamator Malaysia pertama dalam Sayembara Deklamasi Puisi membawa Puisi Jamung Merdeka karya Razali Mohd. Yussof yang pada ketika itu Teks Jamung Merdeka hanya mula diperkenalkan di Peringkat Kebangsaan Tahun 2005.

10. Tahun 2006 pula, saya mendapat tempat ke-3 SDPBM Peringkat Negeri Melaka dengan membawa puisi "Gemuruh Langit Kita" karya Norhisham Mustafa.

11. Tahun 2007 saya juara SDPBM Negeri Melaka melalui Puisi "Bersila di Atas Tikar Merdeka" karya Allahyarham Adam Mohd. Noor. Seterusnya wakili Melaka ke SDPBM Peringkat Kebangsaan.

12. Sebagai juara menanti, saya masih mampu bertahan dengan merangkul Juara SDPBM 2008 melalui Puisi "Ayahku, Seorang Penjual Roti" karya Zainal Rashid Ahmad dan sekali lagi berjaya ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

13. Tahun 2009 ini mungkin akan berlaku sekali lagi sejarah dan juga transformasi dalam SDPBM, saksikan dan terus saksikan!

8 ulasan:

  1. Wah wah wah panjang lebar nampak hehehehehe........

    BalasPadam
  2. Murbakah tuan hamba? hamba marhain sahaja sekadar menumpang kemasyhuran tuan hamba Murba.............

    BalasPadam
  3. segalanya kita perlu menjadi murba bila berada di puncak agar tidak tersungkur tersadung onar di jalanan. begitulah rasanyer yg ingin dikongsi wahai drimba yang mulia.

    BalasPadam
  4. Tetapi kita kembali terjajah dek angkara pengkhianat bahasa yang mulia tuan murba...Apakah perlu kita menghunuskan bahasa senjata atau sekadar berputih mata membiarkan anak bangsa kembali terjajah pemikirinnya???

    BalasPadam
  5. Mudah-mudahan kepimpinan yg baru dibentuk akan dapat menyelesaikan permasalahan ini. Kerana apa yg pasti kita tidak dpt memuaskan hati semua pihak. apa yang penting ialah keseimbangan pelaksanaan setiap dasar dan kedaulatan bahasa tetap akan terus dijaga.

    BalasPadam
  6. Yang mulia murba sungguh dikata sopan bicara....hamba rela taat setia hanya kepada pejuang bahasa ikhlas hatinya kental jiwanya jelas akalnya......

    BalasPadam
  7. Salam Fairuzan...
    wah tetap ada semangat transformasi di situ yaa ... Selamat berjaya dan teruskan deklamasimu.

    BalasPadam
  8. begitulah hendaknya. saya cuma berjuang di zon selatan. mudah-mudahan sealiran dengan para pejuang wacana puisi di wilayah kutub khanah. Semoga transformasi mengubah segalanya.!tk kak lenny

    BalasPadam