Rabu, 15 April 2009

ANAK LENGA BUKAN 'SLENGE'


Jauh di hulu Muar ada sebuah mukim. Namanya Mukim Lenga. Saya salah seorang yang berasal dari sana walaupun sudah menetap di Melaka tapi kad pengenalan masih tercatit alamat Kg. Gombang, Lenga 84040 Muar, Johor.

Ramai tak mengenali Lenga. Sesetengah yang tahu lenga itu bijan. ataupun bagi individu yang ada sindrom sengal-sengal ubi bolehlah digelar sebagai Slenge dek masyarakat di utara semenanjung khasnya di Selatan Perak.

Masa saya berada di Kuala Lumpur ke atau dekat sikit la...Melaka katakan. Kalau ada sesiapa tanya, asal mana? terus saya cakap, 'Muo..'(loghat untuk orang belah Muar) atau 'Pagoh'.Saya tak cakap saya asal dari Lenga. Bukan tak bangga yang kita ni berasal dari belah situ. Tapi nanti gerenti banyak tanya. 'Lenga tu kat mane?', 'belah mane?'...dsb.

Uniknya, kat belah Lenga ni ada satu yang boleh dikatakan istimewa mengenai loghat percakapan harian masyarakatnya selain terkenal dengan kesenian Zapin Lenga dan Ceracap Inainya. Masyarakat belah Lenga ni bila bercakap ada nada dan intonasinya yang tersendiri. Mereka tak menyebut 'engkau' tapi menyebut 'ngko' atau 'ngkape'. Mereka juga tak menyebut tuala tapi menyebut 'kensal', almari disebut 'ghobok', cadar disebut 'gebo' sebagai contohnya.


Dan ramai yang masih tak mengetahui bahawa hampir 90% filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Dato' Jins Shamsudin sekitar pembikinannya pada tahun 1982 dilaksanakan di Mukim Lenga. Uniknya, Sungai Muar yang luas deras mengalir dari Mukim Lenga berterusan hingga ke Muara Sungai Muar di Bandar Maharani. Babak jeti meletup dan balai polis terbakar juga dibuat penggambaran di Lenga.

Malah, hikayat melayu purba seperti Hikayat Malim Deman an Hikayat Gombang Malim Dewa juga adalah berlatar belakangkan Lenga sebenarnya.

Selain itu, Lenga juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh agama dan ilmuan terkenal di tanah air antaranya Allahyarham Kiyai Shamsudin ( datuk kepada Mufti Johor sekarang ini ), Pawang Pak Uda Atan di Kg. Gombang dan lain-lain.

Syabas juga kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM kita kerana menerajui kepimpinan negara kerana Mukim Lenga dalam DUN Bukit Serampang juga adalah terletak di bawah Parlimen Pagoh.

Teruskan kepimpinan YAB TPM kita yang baru agar terus memajukan negara dan mukim Lenga.

5 ulasan:

  1. Ulasan yang mulia tuan amatlah berguna...Amat hamba hargainya......

    BalasPadam
  2. di Lenga memang mekar dengan saujana rimbanya. dtgla...buat kajian jika berminat.

    BalasPadam
  3. Bagus bila orang kaji dan tahu sejarah tempat sendiri. Sejarah mengajar kita jadi lebih menghargai

    BalasPadam
  4. benar. Sejarahlah yg membawa kita ke destinasi berikutnya.

    BalasPadam
  5. Sejarah membuktikan wujudnya bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia.

    BalasPadam