Isnin, 13 April 2009

MENYERANG ZIONIS DARI DATARAN SUNGAI MELAKA


Malam Puisi:"Di Bawah Langit Gaza" meriah dengan kehadiran orang ramai dan
tetamu kenamaan yang terdiri dari YAB Datuk sEri Hj. Mohd. Ali Mohd. Rustam,
Ketua Menteri Melaka dan isteri

Dataran Sungai Melaka menjadi saksi perjuangan para deklamator terdiri dari para penyair tanah air, pemimpin-pemimpin tempatan Negeri Melaka dan selebriti terkenal tanah air dalam mengahantar mesej perjuangan dan keamanan melalui Malam Puisi: "Di Bawah Langit Gaza" pada 18 Februari yang lalu ( 6 hari sebelum hari ulang tahun kelahiran saya ke 27 ). Program puisi ini dianjurkan sepenuhnya oleh TV9 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan GAPENA untuk slot Rancangan Nasi Lemak Kopi O'.

Apa yang membanggakan ialah, program sebegini amat jarang dipertontonkan secara "live" kepada masyarakat tempatan di Melaka. Amat memberangsangkan ianya dilaksanakan secara baik dan bersepadu di antara Stesen TV swasta bersama-sama Kerajaan Negeri Melaka yang mana YB Datuk Hj. Othman Muhamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang juga Pengerusi Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA) menggalas amanat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengelola untuk program ini. Sudah tentunya, promosi dan jemputan amat memuaskan dengan penglibatan semua pihak yang terlibat secara langsung dan juga para pengunjung dan pelancong.

Antara deklamator yang turut terlibat dalam "menyerang Israel" melalui pembacaan puisi pada malam tersebut antaranya ialah YAB Ketua Menteri Melaka sendiri, YB Speaker DUN Melaka dan Yg. Bhg. Datin, Prof. Dr. Rahman Shaari, Dr. Ahmad Razali Yussof, Dr. Borhan Md. Zain, Cikgu Jamilah Ishak, Hj. Zazmie Zain and d' group dari Melaka fm. Malah tidak ketinggalan juga artis Nora dan penceramah agama dan motivasi iaitu Datuk Norbayah Mahmud turut sama mendeklamasikan puisi masing-masing.

Saya turut diundang membuat persembahan dengan mendeklamasikan Puisi "Telah Gugur Beberapa Nama Di Bawah Langit Gaza"

Pada malam tersebut Sdr. Aziz Desa menjadi teraju pengacara untuk menjemput deklamator beraksi di pentas. Namun, pada awal majlis saya dikehendaki oleh YB Speaker DUN Melaka untuk menjadi juruacara Rasmi memperkenalkan barisan tetamu kehormat dari Kerajaan Negeri Melaka kerana atas dasar saya adalah juruacara rasmi Majlis Protokol Kerajaan Negeri Melaka dari Jabatan Penerangan. Dan sesudah itu, barulah saya memindahkan tugas kepada Sdr. Aziz Desa.


Tanda sokongan memerangi keganasan di Gaza oleh Rejim Zionis


Meninggalkan tandatangan di kain rentang selepas mendeklamasi puisi



Bergambar bersama tokoh-tokoh penyair di pentas di akhir majlis

5 ulasan:

  1. Alangkah bahagianya acara begini sentiasa acara penuh bermakna..........

    BalasPadam
  2. Benar...arena puisi sudah menjadi satu elemen yang "versatile" buat masa kini. Bukan acara skema-skema, bukan acara calang-calang...ini adalah satu bentuk elemen yang perlu dibanggakan oleh semua peringkat. kita menyampaikan sesuatu melalui puisi agar makna tersebut menusuk ke minda kita.

    BalasPadam
  3. Banyak kali nama Raihani Mohd.Saaid disebut dlm entri yg lalu.Glemer sungguh Raihani tuh...siapa dia tu haa?Lawyer?Majistret?Hahahaha!

    Zan,akak lantik ko jd spy jepun dan wartawan lokasi SDPHK tahun ni.Kalau masih wujud lagilah...!Sebab ko dah ada blog sendiri.Mak nak cuti sabatikal tahun ni dari mengulas psl sayembara.

    BalasPadam
  4. Jadi spy serampang dua mata.Lagi hot lagi panass...

    BalasPadam
  5. jgn berundur kak rai dr mengulas fasal sayembara. i know u lebih tajam dan pedas.

    BalasPadam