Jumaat, 31 Julai 2009

'MENGENANGMU PEJUANG' DI KEMPEN HARI PAHLAWAN 2009


Pagi tadi, selesai sudah saya membuat persembahan deklamasi puisi untuk Sambutan dan Kempen Hari Pahlawan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2009. Amat bermakna buat saya, kerana inilah medan dan masanya untuk mengasah suara dan keyakinan bagi persiapan ke Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Merdeka Peringkat Kebangsaan 2009 pada pertengahan Ogos ini.

Dengan membawakan puisi berjudul Mengenangmu Pejuang karya Shahrunizam Abdul Talib, saya pada kali ini tampil dengan kostum berwarna hitam pahlawan lengkap bertanjak. Seawal jam 7.00 pagi saya bersama isteri yang juga jurufoto pada majlis berkenaan sudah berada di Dataran Seri Negeri Ayer Keroh. Majlis yang dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Bekas Perajurit dan Kerajaan Negeri Melaka pada kali ini , amat memberikan impak yang sungguh bermakna kepada semua tetamu khasnya kepada bekas-bekas Perajurit yang hadir.

Majlis pada tahun ini seperti biasa telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob, Yang Di Pertua Negeri Melaka.

Kata isteri saya, persembahan saya melalui puisi Mengenangmu Pejuang pada pagi ini lebih tenang, bersahaja dan tidak terlampau 'garang' dan mampu dihayati dengan baik oleh para hadirin jika dibandingkan semasa persembahan puisi yang sama semasa Program Persembahan Amal Anjuran Puspanita Negeri Melaka pada Isnin yang lalu. Maklumlah, puisi ini merupakan 'the killer poetry', jadi saya perlu menjaga penyampaian puisi ini agar tidak 'sumbang' cara dan kaedah deklamasi yang saya tampilkan.

Ini kerana, ramai rakan-rakan deklamator lain yang mengatakan saya beruntung mendapat tajuk puisi Mengenangmu Pejuang kerana puisi ini memang sedap dihayati dan dibaca malah kalau kena dengan deklamator yang baik yang mampu menyampaikan puisi ini seperti mana kehendak penulisnya serta rasa 'menikam' perhatian juri dan audiens, alamatnya 'gatal tangan sekali lagi lah...'

4 ulasan:

  1. Semoga berjaya menyeru semangat pejuang-pejuang bangsa. jangan lupa sudah ada catatan baru di blog saya. Silalah lawat jika ada masa.

    BalasPadam
  2. Hamba cadangkan tuan hamba memakai baju serba putih nanti deklamasikan sajak ini untuk dapatkan penghayatan dan kononnya pergi ke kawasan kubur pejuang.......

    BalasPadam
  3. Terima kasih di atas cadangan itu.

    BalasPadam
  4. Saya fikir-fikir, biarlah saya dengan cara saya ...apa yang saya fikirkan dari saya...saya tidak mahu dipengaruhi sesiapa seperti yang telah berlaku seperti sebelum ini...biarlah ia original dari saya untuk tahun ini. Namun, terima kasih Drimba kerana memberi cadangan itu.

    BalasPadam