Rabu, 15 Julai 2009

GATAL TANGAN KANAN SEKALI LAGI...

Dalam pertandingan nyanyian baik Juara Lagu dan acara karaoke-karaoke biasa, pastinya kita atau panel juri akan mencari vokal yang mantap ala-ala Datuk Siti Nurhaliza, Aishah contohnya...

Vokal yang merdu dan mendayu-dayu memang untuk pertandingan nyanyian.

Tetapu dalam pertandingan Syair, adalah medan untuk bersyair bukan medan untuk menyanyi, mengilai-ngilai, dan akhirnya memberikan 'Panadol' percuma kepada khalayak yang menonton persembahan dalam Pertandingan Syair.

Menyorot kembali acara Saringan Syair Merdeka pada Sabtu lalu di Taman Budaya...tidak dinafikan apabila kita membawakan Syair Irama Selendang Delima, bukanlah bererti peserta perlu menyanyi, tetapi kita perlu bersyair.

Tidak dinafikan bukan tiada peserta yang baik kerana para hakim yang bijaksana menilainya dan saya pula bukanlah pakar bertaraf 'haul' dalam bidang puisi tradisional ini. Inipun, saya belajar secara tidak formal daripada beberapa sumber.

Dr. Zurinah Hassan ( bonda kepada kawan saya Raihani ) adalah pejuang kepada puisi tradisional khasnya Syair. Semasa saya berguru barang seketika dengan beliau, beliau ada mengatakan kepada saya dan ada juga diterangkan secara jelas di blog beliau mengenai alunan suara untuk puisi tradisional Syair ini.

Penyair yang baik adalah pengalun irama yang sekadarnya sahaja. Tidak perlu mendayu-dayu. Ini kerana, keutamaan adalah mesej syair itu sampai atau tidak kepada pendengaran khalayak. Adakah khalayak hanya sekadar terhibur dibuai ilusi 'manja' suara pembaca syair itu.

Rentetan daripada itulah, saya memilih irama Syair Narasi yang tidak terlalu mendayu-dayu dan mudah untuk menyampaikan mesej kepada khalayak.

Nantikan Syair Bidasari dalam Irama Narasi Sabtu ini, jam 8 malam di Panggung Seri Taman Budaya Melaka!

1 ulasan:

  1. Semoga memperoleh kejayaan!

    Boleh baca laporan sayembara PDRM di blog saya. :)

    BalasPadam