Isnin, 6 Julai 2009

JUARA UNTUK DUIT DAN NAMA? vs JUARA UNTUK BERAKSI DAN BERBAKTI ?

Acapkali menjelang Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Merdeka, terutama 'otai-otai' sayembara sudah bersedia dengan puisi masing-masing baik persediaan untuk bertanding di peringkat negeri mahu pun persediaan dengan puisi wajib yang diberikan oleh pihak penganjur untuk pertandingan di peringkat kebangsaan.

Saya yang telah hampir 12 kali menyertai SDPBM ini banyaklah juga pengalaman dan cerita sekaligus ia menghimpunkan pelbagai hikmah baik yang tersurat dan ada juga yang tersirat. Melihat ragam rakan-rakan terutama yang 'otai-otai' dalam bidang ini.

Kebanyakan dari kita yang masuk bertanding majoritinya mahu menjadi juara. Baik mahu juara negeri dan seterusnya mewakili negeri dan juga ada yang mahu juara kebangsaan. Nasiblah sangkut kalau ditakdirkan begitu. Tidak hairanlah ada sesetengahnya yang sanggup buat aksi lompat katak. Dah bertanding di sesebuah negeri, bertanding pula di negeri lain. Itu jelas dan nyata mereka yang mahu rebutkan wang atau nama. Saya rasa situasi sedemikian tidak lagi berlaku oleh kerana kemajuan teknologi maklumat dan 'para pemerhati' bebas seperti saya dan beberapa rakan di balik tabir yang melaporkan perkara ini secara diam dan tersembunyi. JusteruApa yang saya lihat, gelanggang SDPBM ini bukan berakhir setakat pertandingan semata-mata dan bersediakah kita untuk perkara-perkara yang sedemikian kalau kita ditakdirkan menjadi juara :

1). Juara Sayembara sepatutnya bersedia menjadi deklamator undangan dalam apa jua program jabatan penganjur baik di peringkat negeri mahu pun pusat. Oleh sebab itulah kita tidak digalakkan lompat katak. Di sini komitmen kenegerian memainkan peranan utama. Ada juga yang meluatkan hati saya apabila peserta luar yang bukan permastautin negeri itu masuk bertanding dalam negeri lain. Bila dah jadi juara, penganjur suruh buat persembahan. Katanya, sibuk dan ada komitmen lain.

2). Juara Sayembara sewajarnya bersedia dan belajar meletakkan kewajaran untuk menghasilkan karya terutama dalam genre puisi. Berulah menjadi ikon deklamator serba boleh.

3). Juara Sayembara perlu lebih 'versatile' dalam menampilkan kelainan dalam acara persembahan puisi. Deklamator yang sudah bergelar juara perlu mejadi seorang 'tahfiz' puisi. Hafal sebanyak mungkin sajak khasnya dalam antologi deklamasi puisi. Tidak hanya asyik-asyik puisi itu sahaja yang dideklamasikan dalam acara deklamasi atau baca puisi. Penonton dan khalayak puisi pada hari sudah bijak menilai aspek sedemikian.

4). Juara Sayembara perlu pandai menampilkan persembahan puisi tradisonal seperti nazam, gurindam dan syair dalam pelbagai acara baca puisi. ataupun membuat kombinasi kedua-duanya sekali.

5). Juara Sayembara harus bersedia menjadi seorang penceramah deklamasi yang baik secara formal kepada khalayak atau pelajar-pelajar sekolah. Turunkan ilmu dengan cara berhemah dan bijaksana. Justeru, selain kita perlu pandai mendeklamasi puisi, kita perlu pandai berkata-kata.

6). Juara Sayembara perlu pandai merencanakan masa depan dunia sayembara deklamasi puisi dengan baik. Wujudkan hubungan secara rapat dengan juara-juara terdahulu, Sahabat-sahabat 'otai' yang belum-belum sangkut untuk menang dan juga deklamator 'junior' yang mungkin bakal memberi perubahan dan kelainan dalam acara ini pada masa akan datang. Jadilah seorang pemikir yang positif.

Wang, pangkat, nama dan kedudukan adalah habuan seketika dalam musim Sayembara Deklamasi Puisi yang datang dan pergi hanya seketika di saat menjelangnya bulan Kemerdekaan yang disambut saban tahun.

Janganlah 'pengumuman juara' itu berakhir begitu sahaja.
Datang dan pergi...

1 ulasan:

  1. Ruang, pentas terhad setiap tahun hanya sekali sahaja pertandingan. Kalau pertandingan nyanyian banyak pentas.Kalaulah banyak pentas dan peluang pasti hebat. Melaka cubalah anjurkan pertandingan deklamsi terbuka untuk semua secara tahunan dengan format lebih meneyeluruh karya, penulis, deklamator dan persembahan diiktiraf seiring.

    BalasPadam