Isnin, 13 Julai 2009

CERITERA SARINGAN...

Negeri Melaka sudah pun mempunyai calon-calon peserta Akhir Puisi dan Syair Merdeka untuk Sayembara Deklamasi Puisi dan Syair Merdeka 2009 hasil daripada Saringan yang diadakan pada 11 Julai lalu bertempat di Dewan Kuliah Tun Seri Lanang, Taman Budaya Melaka.

Seramai 21 peserta menyertai Kategori Puisi dan 8 peserta bagi Kategori Syair. Cuma 10 peserta termasuk saya ( Johan Menanti ) dipilih untuk Kategori Puisi dan 5 bagi Kategori Syair ke pertandingan akhir.


Alhamdulillah, percubaan pertama saya dalam Kategori Syair pada kali ini membuahkan hasil kerana terpilih ke pertandingan akhir bersama perjuangan selaku juara menanti Puisi pada 18 Ogos ini di Panggung Seri, Taman Budaya Melaka.


Dilihat daripada penyertaan, kemunculan 'otai-otai' lama masih kekal untuk beradu nasib seperti Shahrul Mubarak dan Kamarudin Bakar yang setia memberikan saingan.
Tetapi ada juga 2 orang 'otai' Negeri Sembilan termasuk bekas Juara Negeri Sembilan tersesat di Bumi Melaka.

Apapun, terpulang pada urusetia dan para juri untuk menilai kewajaran pada 18 Ogos ini...kepada sahabat-sahabat dan para 'otai' sekalian! Selamat bertanding!

2 ulasan:

  1. akumurba..
    terima kasih diatas pendapat tuan, memang saya belajar banyak dari otai - otai lama untuk mendeklamasi.

    tahun lepas adalah percubaan saya yang pertama.. dan tak berjaya sebab terlalu teruk dan tidak menghafal, dan tahun ini adalah kali pertama layak ke akhir... dan memang nasib menyebelahi saya apabila dapat pulak gelaran juara KL.. bagai tak percaya.. dengan gaya dan deklamasi yang agak lemah pada malam itu boleh menjadikan saya juara
    bagaikan tidak percaya juga.. dengan bacaan dan artikulasi yang tidak mantap menyebabkan saya dipilih.. mungkin ada hikmahnya..

    kemungkinan kalau KAZU yang masuk keakhir KL tempoh hari.. katanya.. dia pasti akan menang juga sebab gayanya sama seperti saya.. hampar dan tidak meyakinkan.. sebab cikgu Amran yang membimbing nya..


    walau apa pun.. saya akan terus belajar dari yang pandai.. membantu juga pada yang memerlukan..

    saya juga rasa malu sangat bila mana diumumkan sebagai pemenang dan ramai juga yang seakan tidak puas hati atas pilihan hakim..

    kemungkinan di peringkat kebangsaan , saya akan lebih belajar dari saudara dan wakil negeri yang lain dan diharap sudara dapat membantu saya.. wakil KL tahun ini ke peringkat kebangsaan adalah semata - mata orang baru yang baru berpimpin ajar dari pelunjuk orang lama..

    salam puisi..

    selamat bertanding yer..
    harap bertemu lagi dan bersua muka dimasa mendatang

    BalasPadam
  2. saya pun mcm tu juga semasa tahun 2002 beraksi di kl .tahun kedua beraksi di kl terus je jadi juara kl dan terus ketiga kebangsaan.

    memang kadang-kadang keputusan di kl kadang-kadang menjadi 'surprise' buat kita.

    datanglah ke melaka 18 julai ini, jam 8 mlm , di taman budaya ayer keroh melaka bagi saksikan perjuangan saya.

    BalasPadam