Isnin, 4 Mei 2009

PERTANDINGAN PENGKISAHAN KENEGARAAN 2009

BERMINAT SERTAI PERTANDINGAN PENGKISAHAN KENEGARAAN ?

Saya merupakan salah seorang urusetia Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan ingin mempelawa anda semua yang berminat untuk menyertai Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan bagi tahun 2009 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Melaka.

Untuk makluman semua, pertandingan ini akan berlangsung pada 20 Mei 2009 (Saringan) dan 30 Mei 2009 (Akhir), yang akan diadakan di Panggung Seri Taman Budaya Negeri Melaka, yang mana saya sendiri akan menjadi salah seorang juruacara pertandingan pada hari tersebut.

Hadiah?
Hadiah memang lumayan...Johan (RM2,000), piala pusingan, sijil & hadiah iringan; Naib Johan (RM1500), sijil & hadiah iringan dan 3 hadiah saguhati (RM1000), sijil dan hadiah iringan.

Syarat-Syarat Penyertaan:
1. Umur mesti antara 18-45 tahun.
2. Mana-mana peserta yang pernah menjadi johan negeri atau mewakili negeri ke Peringkat Kebangsaan dalam aktivti yang berbentuk Pidato, Kuiz, Pengkisahan dan Debat anjuran Jabatan Penerangan Malaysia tidak dibenarkan bertanding.
3. Peserta mestilah menubuhkan satu kumpulan yang terdiri daripada 2 hingga 3 orang ahli dan kredit bagi yang melibatkan pelbagai kaum.


Kaedah Penyampaian Pengkisahan :
1. Pemilihan tema dan tajuk mestilah berlatar belakangkan kepada peristiwa, tokoh-tokoh kenegaraan atau pun sejarah tanah air dengan menyediakan nota pengkisahan melalui kriteria seperti ketepatan fakta, maklumat dan mesej kenegaraan dan susunan peristiwa.
2. Pengkisahan boleh dipersembahkan dalam pelbagai kombinasi cerita sketsa, pantun, nazam, syair atau pun gurindam.
3. Setiap kumpulan mestilah berkisah dalam masa 15 minit.
4. Alat bantu seperti lap top, alat pandang dengar dan props boleh dibawa ke pentas tetapi urusan pengendaliannya harus dilakukan oleh peserta sendiri.

sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di talian 0193090479 sebelum 15 Mei 2009

2 ulasan:

  1. Muncul juga akhirnya tuan murba di persada maya.... 13-14 Jun Sayembara Deklamasi di Ipoh perak dalam Jadula Kementerian Kebudayaan... Bagaimana Tuan Murba. Hamba tidak bersedia dan Kelantan tengah bulan ini akan bertanding mungkin sengit....

    BalasPadam
  2. Tunggu dah lihat dalam entry akan datang.Saya akan menyisip isu sayembara untuk rakan-rakan seperjuangan.

    BalasPadam