Isnin, 15 Jun 2009

Tahniah 'Gusdur' , Terima Kasih Raihani!

SDPBM 2009 Peringkat Negeri Johor telah pun berlalu...walaupun saya tidak menonton dengan lebih dekat pertandingan yang diadakan di Plaza Kotaraya JB pada 13 Jun 2009 (Sabtu) yang lepas, kerana saya ada program, saya telah mendapat maklumat bahawa Keputusan SDPBM 2009 Peringkat Negeri Johor dijuarai oleh Juara Menanti iaitu Saudara Shamsul Wahab atau dikenali sebagai 'Gusdur' ( gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan lama dalam Sayembara ). Tempat Kedua oleh Sharin Haron yang juga sahabat saya yang baru berpindah dari Perak. Ketiga, saya tidak kenal.Tapi, wanita katanya.

Gusdur menjuarai pertandingan tersebut dengan mendeklamasikan puisi Ayahku, Seorang Penjual Roti dengan begitu baik penghayatan dan karektor pada bahagian Tunku Abdul Rahman. Manakala Sharin pula dengan puisi lamanya Gemuruh Langit Kita yang diberi nafas baru katanya.

Dalam pada itu juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih berbanyak kepada Raihani (kawan karib yang sentiasa setia) kerana telah memposkan CD Koleksi Syair Hasil Karya bondanya iaitu Dr. Zurinah Hassan untuk saya manfaatkan sebagai ilmu sepanjang hayat...

5 ulasan:

  1. Tahniah semuanya.............Adik-adik smk berhampiran juara lagu dan puisi peringkat K.L.

    BalasPadam
  2. ya, tahniah buat semua yang berjaya, terima kasih atas info.

    BalasPadam
  3. Kalau deklamator sendiri yg mengulas sayembara,lebih afdal rasanya.Tahu banyak cerita belakang tabir.Tahniahlah kerana menjadi antara spesis deklamator yg sangat sedikit mengenal apa itu blog.Hahaha!

    p/s tahu tak ada geng2 sayembara yg tak tahu beza antara emel dengan blog?hampeh tul!

    BalasPadam
  4. Rasa macam ingin masuk syair sahaja. Deklamasi sajak kena banyak fikir untuk dapatkan keseimbangan dalam segala hal barulah dapat penghayatan penuh dalam deklamasi...

    BalasPadam