Ahad, 28 Jun 2009

"Raja Psiko" Kembali Wakili Perak



Alhamdulillah, sudah hampir separuh negeri-negeri berjaya menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka ( SDPM 2009 ) sekitar bulan Jun yang penuh mencabar ini.

Melaka masih lagi dalam musim debaran kerana pertandingan akhir telah dianjakkan dari 28 Jun kepada 18 Julai 2009 yang akan diadakan di Taman Budaya Ayer Melaka. Yang mana kali ini, saya akan membuat satu anjakan paradigma untuk bertanding dalam 2 kategori iaitu selaku juara menanti kategori puisi dan bertanding untuk kategori Syair Merdeka. Saya bakal mempersembahkan bacaan Syair Bidasari dalam irama Narasi.

Tetapi sebelum itu, sebagai makluman sahabat dan teman seperjuangan semua, makluman terkini yang saya perolehi daripada "wartawan-wartawan aktivis puisi" seperti Saudara Mohd Mahat dari PDRM, Amran, Gusdur dan Awang Asim dari Labuan yang kini sibuk menjadi juri di belah Sabah dan Labuan memaklumkan bahawa Tahun ini pentas SDPM 2009 akan bergegar dengan kemunculan kembali Raja Psiko dari Perak iaitu Saudara Azmi Ismail. Senang dan mudah didampingi orangnya kerana sikap beliau yang suka menyakat tetapi beliau seorang yang baik hati kerana telah membimbing saya pada SDPM Peringkat Kebangsaan tahun 2007 melalui Puisi Taman Merdeka.

Sesungguhnya, SDPM 2009 pada kali ini tidak kurang hebatnya kerana bukan semata-mata kredibiti juara setiap negeri itu sendiri tetapi ia masih mengekalkan peserta-peserta lama yang akrab seperti Saudara Gusdur ( Shamsul Wahab ) dari Johor, Suliha dari Kedah dan Pamela yang masuk tiga kali berturut-turut mewakili WP Labuan...begitu juga bakat baru yang baru naik seperti Atikah Desa dari Langkawi.

Saudara Amran juga memaklumkan bahawa kali ini Terengganu akan diwakili oleh 'orang baru' iaitu saudari Mastura.

Sehingga kini ada beberapa negeri yang akan melahirkan sama ada johan lama atau johan baru pada Julai ini. Antaranya WP KL 4 Julai, PDRM 17 Julai dan Melaka pada 18 Julai ini.

Sama-sama kita saksikan.

Dan pastinya tahun ini nantikan kemunculan saya di Taman Budaya Melaka dengan puisi hafalan terbaru saya iaitu TUN PERAK dan kategori Syair ialah SYAIR BIDASARI !

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Kehangatan SDPM semakin terasa! Boleh baca laporan sayembara saringan KL di blog saya.

    Lagi satu info, peringkat IPTA akan diadakan pada 25-26 Julai di UNIMAP!

    BalasPadam
  2. terima kasih saudara Azree... keprihatinan anda amat dihargai

    BalasPadam
  3. 4 Julai ini juga akan berlangsung deklamasi akhir peringkat K.L juga saringan dan akhir peringkat selangor. Tunggukan keputusan bakal mengejutkan. Huhuhu......Tun Perak nampaknya amat laris tahun ini. Di KL nanti finalis dua orang bawa sajak sama Tun Perak. Terketar memikirkan deklamasi sajak, adakala mudah lagi bersyair rasanya. Sayapun sedang meneliti irama Narasi. Tapi payah juga untuk masuk dua takut akan mempengaruhi keputusan hakim. Dulu pernah ada pengalaman sebegitu.

    BalasPadam
  4. Saya ucapkan tahniah. Orang yang buta untuk deklamasikan sajak seperti saya biasa suka sahaja mendengar orang baca sajak dengan jiwanya

    BalasPadam
  5. salam..
    teruskan perjuangan saudara dalam martabatkan arena deklamasi. semoga anda terus bersemangat..

    BalasPadam
  6. wahh! ada lagi saudara azmi ni.. sama bertanding pd SDPHK Kebangsaan 1999.. mmg beliau agak psiko spjg acara berlangsung sehinggalah pd mlm kemuncak bila juara diumumkan yg di"berikan" kpd peserta tuan rumah.. beliau "hilang" haha..

    BalasPadam