Isnin, 4 Mei 2009

ANJAKAN PARADIGMA : SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI MERDEKA




SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI MERDEKA PERLUKAN ANJAKAN PARADIGMA

Rasanya sudah hampir 22 tahun Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka SDPM yang mula diperkenalkan oleh GAPENA sejak tahun 1987 lagi. Kemudian bergabung dengan pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan baik bersama Jabatan Penerangan, Penyiaran, Pelajaran dan kini Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara untuk bersama-sama mengendalikan Pertandingan Deklamasi Puisi yang sememangnya cukup berprestij jika dibandingkan dengan pertandingan-pertandingan anjuran mana-mana pihak lain yang pastinya SDPM lebih gah dan matang pengisiannya. Apa yang pasti, melalui SDPM inilah telah melahirkan tokoh-tokoh deklamator berkaliber baik yang terkenal mahu pun suram.

Saya sendiri yang hampir 12 tahun telah menyertai SDPM ini, melihat banyak sudut yang perlu diberi transformasi yang sudah tentunya perubahan perlu diberi penekanan bermula di peringkat saringan lagi hinggalah ke kemuncaknya iaitu di Peringkat Kebangsaan. Berikut adalah komen dan cadangan untuk mengangkat SDPM pada tahun ini dan akan datang agar lebih gah :

1. Teks Antologi Deklamasi Puisi perlu ditukar setiap lima tahun sekali. ( Harap-harap pada tahun 2010, teks baru sudah diperkenalkan. Insya Allah ).

2. Tarikh pertandingan perlu serentak di setiap negeri bagi mengelakkan kes 'lompat katak' untuk peserta yang telah memenangi tempat di sesebuah negeri untuk bertanding di negeri berikutnya.

3. Hadiah wang tunai baik untuk pemenang mahu pun saguhati perlu diseragamkan di setiap Negeri.

4. Wujudkan Piala Pusingan untuk Johan SDPM. Ada sesetengah negeri tidak mengamalkan pemberian Piala Pusingan.

5. Wajibkan semua peserta di Peringkat Negeri mengikuti Bengkel Teknik Pemantapan Deklamasi Puisi sebelum bertanding. Ini penting kerana, corak deklamasi puisi terkini sudah berada di ambang transformasi dan kita tidak inginkan corak deklamator yang sudah 'klise'. Sebagai contoh, Angkatan Tentera Malaysia menganjurkan bengkel kepada semua peserta SDPM pada tahun lepas.

6. Tempoh pertandingan di Peringkat Akhir Kebangsaan adalah selama 2 malam berturut-turut. Justeru, asingkan persembahan kategori bumiputera dan kategori bukan bumiputera. Kalau boleh awalkan persembahan untuk ketegori bumiputera untuk malam pertama, manakala malam akhir untuk kategori bukan bumiputera.

7. Malang pada tahun lalu, tiada ulasan hakim selepas pertandingan. Sepatutnya, ulasan hakim perlu dikekalkan sejurus selepas berakhirnya pertandingan dan sebelum keputusan diumumkan bagi panduan para peserta menilai kelemahan-kelemahan masing-masing.

8. Wujudkan siaran langsung atau pun rakaman SDPM untuk disiarkan di RTM 1 sebagai tontonan umum bagi menyemarakkan dunia deklamasi puisi seperti tahun-tahun 90 an.

9. Wujudkan kebebasan bergerak para peserta semasa mendeklamasikan puisi.


Walau bagaimanapun, tahniah kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara kerana ada beberapa hal yang perlu diteruskan. Antaranya :

1. Pemberian wang saguhati bernilai RM 1000.00 kepada semua peserta Peringkat Kebangsaan yang tewas perlu dikekalkan. Ini adalah 'terapi emosi' kepada peserta yang tewas agar tidak berasa kecewa apabila pulang ke destinasi masing-masing.


7 ulasan:

  1. Semoga ramai penganjur muncul kerajaan mahupun swasta anjurkan pertandingan deklamsi sajak pelbagai tema antaranya karya sajak Islam yang perlu diterapkan dalam seni deklamasi untuk dimartabatkan karya terbaik, penulis terbaik, deklamator terbaik, vokal terbaik dan persembahan terbaik setiap tahun buku baru karya baru dan lebih menyeluruh pengiktirafan yang diberi....

    BalasPadam
  2. betul. So, pihak JAKIM perlu dilibatkan sama bg sama-sama membantu.

    BalasPadam
  3. Teks sayembara ditukar 3 tahun sekali kalau ikut track record.Cuba check dgn otai SDPHK.

    BalasPadam
  4. tu lagi ok. ada pelbagai variasi puisi. deklamator takkan jemu baca puisi. sebab puisi-puisi baru diperkenalkan.

    BalasPadam
  5. salam..saya berminat dlm bidang ini tp mcm mne nk menceburkn diri ye??

    BalasPadam
  6. mnx tunjuk ajar..

    BalasPadam
  7. Saya pun minat dlm bdg deklamasi puisi ini...ada info x untuk sayembara puisi utk tahun ini???...kongsi yaa..tq

    BalasPadam