Khamis, 22 April 2010

SENTUHAN GEMA PUISI TRADISIONAL

Malam Rabu yang lalu, bertempat di Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Durian Daun, Melaka (IPGKPM) saya telah diundang untuk membuat persembahan Syair. Ramai juga para penyair tempatan yang hadir antaranya Prof. Dr. Rahman Shaari, Hj. Mokhtar Yasin (Penerima Anugerah Sasterawan Negeri Melaka), Munsyi Mohamad Musip dari IPGKPM, sahabat saya Saudara Arifin Uzir dari Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) yang turut menyampaikan nazam dan beberapa penyair lain yang turut membuat persembahan.

Pada malam tersebut saya telah mempersembahkan sebuah Syair Melaka Negeriku yang saya alunkan dalam beberapa irama Syair yang merangkumi irama Syair Sarawak, Selendang Delima dan Narasi. Namun, apa yang saya ingin kongsi bersama dalam entri kali ini ialah saya tertarik dengan alunan Syair Sarawak yang telah dipersembahkan oleh Saudara Roslan Madun yang sungguh kreatif dan sempat saya rakam dalam telefon saya...

Rumah kita bukan di sini,
telah sedia di akhirat nanti,
jalan yang terang jika dicari,
tidaklah sesat masa kembali.

Dunia ini tempat singgahan,
bukannya tempat bersuka-sukaan,
tunduk sujudlah kepada Tuhan,
tempat kita minta pertolongan.

Buatlah baik setiap masa,
bersyukur kepada Tuhan yang Esa,
hidup jangan berbuat dosa,
di akhirat kelak azablah kita.

Selepas majlis tersebut, saya sempat berbual bersama Saudara Roslan Madun semasa jamuan. Beliau memberitahu satu tips bahawa irama dalam puisi tradisional sebenarnya hampir-hampir sama sahaja kerana ia berpunca dari kaedah berzanji dan alunan Syair Arab. Sebab itulah yang membezakan pandainya si penyair mengalunkan Syair, gurindam, nazam, burdah, rejang dan sebagainya adalah si penyair mestilah ada ciri-ciri pembaca al Quran yang baik dan sedikit alunan dalam kaedah membaca al Quran.

5 ulasan:

  1. salam sahabat?
    apa perkhabaran dari negeri hang tuah..
    bila agaknya mahu singgah ke petaling jaya?

    BalasPadam
  2. belum tahu lagi. tapi saya ada terbaca mengenai deklamasi sajak petaling jaya. Rasanya tidak menyertai kerana sibuk di sini.

    BalasPadam
  3. Hebattttt. Teruskan perjuangan. Badan naik nampak. Ni mesti kes isteri pandai masakkkkkk kan?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam