Isnin, 31 Ogos 2009
MALAM SEJUTA KASIH SELAUT KENANGAN
Kunjungan Pak Lah dan isteri ke Melaka pada 20 Ogos lalu amat bermakna buat isi Negeri Melaka. Kunjungan beliau diraikan dengan Majlis Makan Malam bersama lebih kurang 10 000 ribu rakyat Melaka berbilang kaum dan agama tidak mengira pangkat dan keturunan. Masing-masing berbangga menjadi anak Malaysia kerana berpeluang menjamu selera bersama bekas pemimpin nombor satu Negara.
Majlis yang diberi nama Malam Sejuta Kasih Selaut Kenangan itu adalah ilham YAB Ketua Menteri Melaka bagi meraikan Yg. Amat Berbahagia Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan Yg. Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah, bertempat di Dewan MitC, Ayer Keroh.
Alhamdulillah, kali ini belum pun hilang penat dan lelah Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan, saya dan beberapa orang sahabat deklamator berbangsa Cina dan India telah bergabung untuk membuat persembahan Deklamasi Puisi khas untuk majlis berkenaan dengan judul puisi Warkah Penghargaan Buatmu Tun Abdullah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Hamdan Hasnan, Pengarah Penerangan Negeri Melaka yang mencadangkan nama saya untuk persembahan puisi pada malam itu dan tidak lupa juga kepada Encik Rodzuan Ismail, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka yang telah melatih kami untuk persembahan deklamasi puisi dengan teknik terkini menggunakan clip mic.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tuan deklamator handalan, cuba letak logo di setiap gambar di blog ini. Cadangan saja ya.
BalasPadamJanganlah panggil deklamator handalan. Saya belum sampai ke tahap sedemikian. Macam sabun pencuci baju Ekonomi Handalan je bunyinye. hahaha. Apa pun terima kasih atas cadangan logo tersebut, saya akan fikirkan sebaiknya.
BalasPadam