Selasa, 8 September 2009

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009 PERINGKAT NEGERI MELAKA DAN GEMA PUISI PATRIOTISME

Alhamdulillah, beberapa hari yang sudah saya baru sahaja menerima undangan untuk jemputan Deklamasi Puisi oleh Kak Nita dari IKSEP untuk mengisi slot Program Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat Negeri Melaka dan Gema Puisi Patriotisme pada 1 Oktober 2009 (Khamis), jam 2.30 petang, bertempat di Pentas Utama Pasaraya Mydin, MiTC, Ayer Keroh, Melaka.

Program ini adalah anjuran bersama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka. Ia diadakan dengan tujuan mendekatkan masyarakat umum dengan acara apresiasi sastera melalui deklamasi dan penghayatan puisi bertemakan patriotisme, kenegaraan dan semangat jati diri bahasa kebangsaan di samping memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat umum tentang ciri-ciri patriotisme dalam konteks negara, bangsa dan bahasa serta menghargai peranan penulis dan penyair puisi terutamanya 'Anak Negeri Melaka'.

Pada program itu nanti, selain saya, Saudara Sahrul Mubarak Ahmad (Johan SDPM Peringkat Negeri Melaka tahun 2004 & 2006) dan Norliza Md. Yamin (Naib Johan SDPM Peringkat Kebangsaan tahun 2007 yang juga kini aktif dalam memartabatkan puisi tradisional Melayu) akan bersama-sama membuat persembahan pada program di musim hari raya itu nanti.

Para sahabat luar Melaka, 'jom turun Melaka, datangle tengok'.

6 ulasan:

  1. Yang mana satu ya Norliza itu? Tahniah negeri Melaka seringkali memartabatkan alam deklamasi. Mudahan menjadi ikutan seluruh negeri....

    BalasPadam
  2. Nak kenal Norliza? datangle 1 Oktober ni...

    BalasPadam
  3. 1 Oktober sudah ada kelaslah sahabat deklamator handalan....

    BalasPadam
  4. Bagus la 2. Tapi secara rasminya aku sebagai SU PENAMA tak tahu pn, ada acara besar macam ni. Sepatutnya libatkan la sama persatuan penulis yang ada di Melaka ni.

    Ahmad Zauawi/ SU PENAMA

    BalasPadam
  5. aktifnya. bilalah boleh tonton secara live akumurba baca puisi?

    :)

    BalasPadam
  6. salam..
    saudara 22 okt nie.. ada pertandingan di putrajaya..
    andai ada kelapangan boleh menonton..
    saya bertanding disana..

    BalasPadam