Ahad, 5 Julai 2009

MUKA BARU MEWAKILI KL DAN SELANGOR TAHUN INI DALAM SDPM 2009


PESERTA-PESERTA FINAL SDPBM 2009 PERINGKAT WP KL
BERTEMPAT DI SALOMA MINI BISTRO 4 JULAI 2009 - IHSAN KAZULIFEZ


Aduhai...nasib baik dah lama saya menetap di Melaka. Tak payah lagi pening kepala bertanding di KL seperti sekitar tahun 2001 hingga 2003. Kebiasaannya, siapa yang pernah juara KL agak sukar untuk mengulangi kejayaan itu untuk masa-masa akan datang kecuali beberapa 'otai-otai' lama yang kental mengharungi pahit maung alam deklamasi puisi sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semalam saja, saya dimaklumkan oleh Saudara Amran bahawa Juara WP KL tahun ini, muka baru iaitu Saudara Norhisyam Ghazali. Cuma seorang 'otai' lama yang sangkut di tempat kedua iaitu deklamator 'faovourite' saya Saudari Haryani Haron. Alizan Mat Rasat pun tewas termasuk juara menanti Saudara Nik Mustakim. Memang acara pada tahun ini di WP KL dinamakan Acara 'Tragedi Deklamasi'. Tapi, pagi ini bila saya membaca blog saudara Kazulifez, peserta yang jadi juara tidak menekankan 'part yang sepatutnya ditekankan' apabila membawakan puisi Deklarasi Kemerdekaan...terutama pada bait ketiga tersebut. Saya tidak terkejut dan tidak menyalahkan peserta yang menang kerana saya juga adalah tergolong dalam deklamator yang 'anti klimak'! Saya memang menyukai 'style' dan kaedah 'anti klimak' yang lebih tenang dan meyakinkan.

Begitu juga di Selangor, Tahun ini juga akan diwakili oleh muka baru yang telah mengenepikan Saudara Sharulfadilah ( Juara Menanti ) yang tak dapat tempat langsung dalam SDPM 2009 Peringkat Negeri Selangor. Dashyat...dashyat...

Kemungkinan ia juga telah menjadi 'trend' melahirkan juara-juara negeri yang baru yang melanda belah-belah barat terutama di KL, Selangor dan IPTA mungkin juga. Tetapi, tidak terjadi di Negeri Kelantan, Kedah, Johor dan Labuan pada tahun ini. Pulau Pinang juga muka baru tahun ini.

Tak tahulah...Melaka pada 18 Julai ini bagaimana pula 'trend' nya...begitu juga PDRM pada 17 Julai.

Sama-sama kita menantikan dalam debar dalam degup!

2 ulasan:

  1. salam..
    saudara
    karya saudara cukup menarik untuk dibaca..
    saya adalah wakil KL dan sangat terkejut dengan kemenangan kerana saya yakin yang saya tidak sehebat otai - otai lama..
    saya cuba belajar dari yang lama..
    harap saudara bioleh berkongsi pandangan dengan saya..
    terima kasih

    BalasPadam
  2. salam puisi seluruh tanah air tercinta.
    perubahan demi perubahan berlaku dalam perkembangan 'industri'pendeklamasian puisi yang amat bergantungan antara satu sama lain-peserta,penganjur dan puisi itu sendiri.penganjur silih berganti-ibarat tukang masak;ada yang lebih garam,ada yang nak lebih asam dan sebagainya.Begitu juga halnya dengan penganjur yang 'berbisik' pada panel hakim."kalau boleh muka baru".jadi perlukah otai diberi wajah baru supaya berpeluang menghangatkan pentas pendeklamasian yang sememangnya kurang hangat jika dibandingkan dengan acara lain.jika pihak penganjur berfikir bahawa memilih wakil perlu muka baru,tidak mustahil pada 2010 ini,pertandingan di tugu negara pada tahun 2009 boleh lah diadakan di tepi sungai klang sahaja kerana yang ada nanti,lebih ramai hakim dan urusetia berbanding peserta.

    BalasPadam