Ahad, 26 September 2010
SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI BULAN KEMERDEKAAN 2010 'MELANGKAH ANGGUN DALAM SEADANYA'
(Inilah dia barisan deklamator yang akan berentap pada malam 2 Oktober 2010 ini di DBP)
Seramai 12 orang deklamator telah berjaya terpilih ke Peringkat Akhir Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2010 (SDPBK) yang akan berlangsung pada 2 Oktober 2010 (Sabtu), jam 8.30 malam, bertempat di Dewan Banquet Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Ini adalah rentetan daripada Pertandingan Saringan dan Separuh Akhir SDPBK 2010 yang telah diadakan di Rumah Gapena pada 25 September 2010 (Sabtu) yang lalu.
Di Peringkat Saringan telah menyaksikan lebih 60 orang peserta dari seluruh Negara datang bertamu di Rumah Gapena bagi mengisi medan pertarungan Sayembara yang agak sengit pada tahun ini.
Peringkat Saringan telah berlangsung pada sebelah paginya dengan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Saringan Kumpulan A telah diadakan di dalam Rumah Gapena sendiri (sahabat-sahabat seperti Norhisyam Razali, Azamin Itam, Norliza Pamuji, Siti Norzafran Zainal Abidin, Tarmizi Kasim, Azree, Amran dan saya sendiri antara peserta dari Kumpulan A), manakala saringan Kumpulan B telah diadakan di dalam Rumah PENA. Sahrin Haron, Yusof Ramji, Alizan Md. Rasat, Haryani Haron antara peserta dalam kumpulan ini. Di peringkat saringan, juri telah memilih 13 orang peserta dari setiap kumpulan untuk berentap dalam Peringkat Separuh Akhir pada petangnya pula (26 peserta ke separuh akhir).
Di Peringkat Separuh Akhir itu menyaksikan persaingan yang cukup sengit telah diadakan di Rumah Gapena. Semua peserta mendeklamasikan judul puisi yang sama seperti di peringkat saringan.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada 'my love' isteri saya yang tercinta Farish yang sudi menemani saya dari awal hinggalah tamat pertandingan serta sempat merakam 'pose' menarik untuk dipertontonkan dalam entry saya kali ini.
Terima kasih kepada sahabat saya Muda Jauhari (Raihani Md. Saaid) yang turut hadir bersama bondanya iaitu Dr. Zurinah Hassan (sempat bawa kuih raya lagi)
bagi memberi sokongan kepada semua peserta di samping membawa pesanan Naskhah Kumpulan Cerpen 'Badrul Bambi' karya beliau yang saya pesan tempoh hari.
Inilah dia senarai deklamator yang telah berjaya bertanding ke peringkat Akhir pada Sabtu ini :
1. Alizan Md. Rasat
2. Norliza Pamuji
3. Wee Win Ne
4. Siti Nur Zafran Zainal Abidin
5. Fairuzan Hj. Abdul Majid
6. Sahrin Haron
7. Azamin Itam
8. Yusof Ramji
9. Tarmizi Kasim
10. Haryani Haron
11. Norhisyam Razali
12. Ismail Adnan
Apa yang menariknya ialah...kesemua 12 peserta akhir tersebut pernah ke Peringkat Kebangsaan sebelum ini! Semuanya 'otai-otai'.
(Tuah saya mendeklamasikan Puisi 'Pidato Umum di Dataran Merdeka' melayakkan diri ke Peringkat Akhir)
(Puisi panjang ini hanya dihafal, di'koreograf' dalam masa tak sampai seminggu)
(Wee Win Ne - Salah seorang deklamator berbangsa Cina yang cukup hebat dan berbakat akan ke Peringkat Akhir)
(Norliza Pamuji dari Selangor - Seorang peserta berpengalaman)
(Siti Nur Zafran ZAinal Abidin - Puisi Tun Perak membawa tuah ke Peringkat Akhir)
(Sahabat saya yang banyak membantu saya akan info SDPBK 2010 turut ke Peringkat Akhir - Norhisyam Razali. Terima kasih kerana bawa saya makan Sup Meletop di Cheras tempoh hari ya!)
(Tarmizi Kassim - memberi kesan yang mendalam semasa membawa puisi Tok Janggut turut ke Peringkat Akhir)
(Amran Ibrahim Rashidi - Hanya mampu bertahan di Separuh Akhir walaupun memberi kesan dalam Puisi Menyelusuri Sungai Merdeka)
(Peserta ini adalah antara muka-muka baru yang menyemarakkan Sayembara kali ini)
(Antara muka-muka baru yang berbakat dan perlu diasah dari segi vokalnya lagi)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Buatlah kategori berikut:
BalasPadamAnugerah Finalis Paling Otai Merangkap Paling Banyak Mengisi Borang Penyertaan Merangkap Bilalah Nak Menang Ni?
;p
terima kasih sahabat
BalasPadamgambar saya yang menawan.. hehehe.
gambar ustaz halau ular emas ada tak?
\hehhehe
Syamputra - gambar anda yg ala-ala ustaz dalam cerita Ular Emas tu sudah saya e mail kan...
BalasPadamMuda Jauhari - Kena ada panel juri lain yg menghakimi sudut berkenaan. hehehe.
assalam. seronok bila mengetahui encik fairuzan masih bergiat aktif dalam arena ini.
BalasPadammaaf tak berkesempatan ke majlis perkahwinan dulu. terima kasih sangat sebab hantar kad kahwin.
saya juga pernah berentap dengan encik masa pertandingan deklamasi puisi 2007 di DBKL dulu. berpegang teguh dengan sajak Membuka Penjara Minda oleh Ahmad Sarju tatkala itu :) saya peserta mewakili negeri pulau pinang, yang termuda bagi kategori bumiputera (17 tahun, masa tu).
tahun lepas ada saya bertanya kepada kekkwa ngeri kedah tetapi katanya tiada pertandingan.
jadi, saya harap budi dan jasa baik encik agar apa2 maklumat tentang pertandingan tahun ini dan akan datang dikhabarkan juga pada saya di sini. sudah lama tidak turun padang :)
ini email saya, put3malinja_90@yahoo.com
teruskan berjuang!