Rabu, 3 Jun 2009

SALAM SEJAHTERA ...SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI MERDEKA 2009 (SDPM2009)

Sudah hampir sebulan saya tidak menulis entry ini...hari ini sudah tiba masanya untuk saya mengulangi dan memperkatakan tentang 'bara' SDPM2009 yang nampaknya akan bermula pada Bulan Jun ini untuk semua negeri-negeri di Malaysia termasuk IPT, PDRM dan ATM.

Kelantan sudah pun selesai penganjurannya pada Mei lalu. Tahniah kepada Siti Nur Zafran Zainal Abdin yang telah mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Moga-moga kita dapat berentap di Kebangsaan Julai ini. Insya Allah.

Semalam, saya menjadi orang yang pertama mendaftar diri untuk SDPM2009 di Taman Budaya Negeri Melaka ( walaupun selaku Johan Menanti ). Kali ini, Pegawai Kebudayaan yang mengurusetia SDPM 2009 Peringkat Negeri Melaka ialah Encik Zainal Jaslan, Timbalan Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka. Katanya juga, para juri kali ini adalah terdiri dari golongan 'muda'... bukan lagi menampilkan aktivis sastera veteran dengan harapan para juri baru kali ini dapat memberikan pandangan yang baru dan tidak bersifat berat sebelah.

Yang penting, sebagai peserta buatlah yang terbaik untuk menarik perhatian juri 'baru' dalam SDPM 2009 nanti.

10 ulasan:

  1. Gandingan baru dan lama ada keseimbangan. Semoga bidang deklamasi terus dimartabatkan penuh manfaat.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.

    Salam, kenal. Semoga beroleh kejayaan di peringkat Melaka. Tentunya perkhabaran bahawa kali ini akan ada ramai juri muda tentunya suatu perkembangan yang sihat. Kita perlukan suara-suara muda.

    P/s : Dari muar ya? Kampung saya juga Muar. :)

    BalasPadam
  3. orang muar.Biarlah nak ditampilkan juri muda atau veteran. yang penting tidak lari dari penekanan konsep transformasi dalam deklamasi. Dunia deklamasi hari ini perlu ditransformasi.

    BalasPadam
  4. Cuba lihat Berita Harian 11 Jun hari ini di internaet. Huhuhu..........

    BalasPadam
  5. tahniah keluar berita tentang anda baca puisi di rumah pena!

    BalasPadam
  6. Terima kasih sahabat sejatiku dalam dunia deklamasi. Silalah beri tunjuk ajar wahai deklamator muda handalan. Makin terketar ini pertandingan deklamasi hampir tiba....

    BalasPadam
  7. Hallo En.Fairuzan .Salam Perkenalan dari Cikgu Lim Ah Nee.WP KL 2007. Selamat Berjaya dalam SDPM 09

    BalasPadam
  8. ya...ape khabar Cikgu Lim? Semoga teruskan perjuangan dalam SDPBM yea...

    BalasPadam
  9. Wah wah En.Fairuzan, Saya sudah membaca catatan pengalaman En.Saya sungguh terpegun dengan usaha gigih tuan. nanti kalau berpeluang jumpa bolehlah bagi tips sikit pasal sajak dan pengacaraan . Saya minat juga belajar pasal protokol da mc mc ni.

    BalasPadam
  10. en fairuzan : kalau dengar Cd yang diberi oleh Kak rai mestilah kena dengar ulang-ulang kali. lagunya menarik dan siap kata dengar lagu lama kita menajdi tua sebelum usia.

    oh ya, link saya di blog en salah itu. birungu.wordpress.com bukan biruugu.wordpress


    kalau ada kesempatan bolehlah tengok en mendeklamasikan sajak

    BalasPadam