Khamis, 7 Mei 2009

JURUACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2009

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2009

Jemput datang beramai-ramai ke Sambutan Hari Belia Negara 2009 pada 15 Mei 2009, jam 7.30 malam, bertempat di MiTC Ayer Keroh Melaka.

Saya dan teman setugas Norazlyn Mohd. Norizan akan menjadi juruacara rasmi Majlis Perasmian tersebut yang akan dihadiri dan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Selain YAB Ketua Menteri Melaka dan YB Menteri Belia dan Sukan serta para tetamu kenamaan dijangka hadir bagi memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Yang pastinya, semua persatuan dan gabungan belia seluruh Negara akan berkampung di Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia pada hari tersebut. Dianggarkan 10,000 belia akan memenuhi Dewan MiTC Ayer Keroh Melaka untuk mendengar Amanat YAB Perdana Menteri. Selain itu, acara selingan sebelum ketibaan YAB Perdana Menteri akan diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan tanah air yang diundang khas serta persembahan kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka.

Sekali lagi terima kasih kepada Pengarah dan para kakitangan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penerangan Melaka yang telah mencalonkan saya dan Norazlyn sebagai juruacara majlis pada malam tersebut.

Kepada semua kenalan dan sahabat handai dipersilakan hadir.

12 ulasan:

  1. Ada bengkel penulisanla tarikh itu.....Janganla lama sangat menyepikan blog ini....

    BalasPadam
  2. Mahu makan maggi dalam mangkuk blog saya silalah datang. hohohoho.......jimat sikit jamu maggi sahaja.

    BalasPadam
  3. bengkel penulisan di mana tahun ni?

    BalasPadam
  4. Bengkel bawah syarikat penerbitan PTS yang juga ahli GAPENA dan PENA. Pejuang bahasa kental juga tu...

    BalasPadam
  5. Siapa yang dimaksudkan? Maaf tidak pamerkan ulasan itu. Emel saya di drimba81@gmail.com

    BalasPadam
  6. Macam mana sambutan hari Belia Negara mengaumkah?

    BalasPadam
  7. Kelantan kekal juara deklamasi malam ini yang dapat nombor tiga di kebangsaan tahun lepas dengan pesona sajak Percakapan Kepada yang Setia oleh Shamsudin Othman ....

    BalasPadam
  8. awal kelantan buat sayembara.Sambutan Hari Belia amat meriah sekali. Terasa berat poket ketika ini. hehehe.

    BalasPadam
  9. Tidak mengapa rezeki Ilahi tapi bukan matawang dinar emas yang dianjur Nabi...Hehehehe....Ingatkah siapa? Gambarnya ada di bawah itu si gadis berbaju biru yang mendapat tempat ketiga di kebangsaan tahun lepas....

    BalasPadam
  10. Saya sedang bereksperimen mencari ilham dengan adik-adik sekolah menengah dalam deklamasi, penulisan sajak dan lagu puisi bagi pertandingan bulan Jun nanti.

    BalasPadam
  11. Kenapa tidak hadir ke Perhimpunan Penulis Muda?

    BalasPadam
  12. saya agak kesibukan dengan jadual juruacara yang padat sepanjang mei

    BalasPadam