Ahad, 12 April 2009


KELIWON RUPAWAN


Benar atau tidaknya
mereka mempesona setiap watak dan tindak
pada hakikat yang belum hakiki.


Sahih atau salahnya
mereka memperlaku setiap goda dan noda
daripada menemui makna tersendiri.


Keliwon rupawan ada di mana-mana
menjengah setiap mimpi kita
tidur di bawah langit terbuka
kala malam bulan di ambang
pendusta para nista
bertempik menghasut mengusut mimpi kita
sedang leka kita dibuai lena.


Keliwon rupawan berada di jiwa
mengepak panji-panji dosa dan pahala
tidak mengira mentari siang di balik purnama malam
kerana mereka sentiasa hidup
di bawah makmal insani kita
satu eksperimentasi yang belum sudah.




2 ulasan:

  1. Wah wah wah mula bermadah bicara tuan hamba.....Apakah gerangan ilham datang tiba-tiba?

    BalasPadam
  2. datang bukan sebarang datang.cuma membawa mesej secara 'versatile'.tak mahu terkongkong dgn puisi bercorak patriotk semata.masanya belum tiba...kan.

    BalasPadam